DALAM NEGERI

Pegawai AKPS dibunuh: Shuhaily, warga agensi rakam ucapan takziah

KUALA LUMPUR – Warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai wanita agensi itu yang maut dipercayai dibunuh suami, awal malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook AKPS, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dan warga agensi itu mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai berusia 35 tahun berkenaan.

“Pemergian beliau amat dirasai rakan sekerja dan seluruh warga AKPS. Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan,” katanya.

Allahyarham Norhazwani Ibrahim adalah Pegawai Kastam Gred WK1 yang bertukar ke skim AKPS dan bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada masa sama, hantaran itu turut mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam semalam, mangsa dikatakan dibunuh suaminya ketika berada di rumah mereka di kediaman kakitangan kerajaan berkenaan.

Suspek yang juga berusia 30-an kemudian ditahan selepas dikatakan menyerah diri di balai polis, selain dipercaya turut menghubungi keluarga mangsa sejurus kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button