JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki China ditahan AKPS guna pas lawatan sosial tidak sah

SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menahan seorang lelaki warga China yang cuba memasuki negara ini menggunakan endorsement pas lawatan sosial tidak sah.

AKPS dalam satu kenyataan berkata, lelaki tersebut ditahan semasa menjalani pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, pada pukul 6 petang semalam.

“Hasil semakan lanjut melalui sistem mendapati endorsement pas lawatan sosial yang dimiliki individu berusia 33 tahun itu tidak teratur serta menyalahi peraturan imigresen yang telah ditetapkan.

“Suspek telah ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini berada di bawah jagaan Bahagian Penguatkuasa KLIA untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, AKPS memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang imigresen termasuk penggunaan pas lawatan sosial yang tidak sah.

“AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk antarabangsa bagi memastikan keselamatan negara serta pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang sedia ada,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button