JENAYAH & MAHKAMAH

AKPS tolak kemasukan enam warga asing di sempadan negara

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menolak kemasukan enam warga asing ke negara ini menerusi jalan darat kerana disyaki bukan pelancong tulen dan tidak mempunyai tujuan kemasukan yang sah ke negara ini.

Timbalan Komander (Operasi) AKPS Bukit Kayu Hitam, Adam Hamidi Auliyad Mohd Amran berkata, kesemua individu terbabit dikenakan Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mematuhi syarat kemasukan sebagai pelawat ke Malaysia.

“Enam warga asing itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Syria, seorang lelaki warga India dan seorang lelaki Bangladesh.

“Kesemua mereka berusia antara 30-an hingga 40-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penolakan itu, Adam Hamidi Auliyad berkata, kesemua individu berkenaan diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama.

Tambahnya, tiada rampasan dilakukan dan tiada elemen jenayah atau siasatan penguatkuasaan dikenal pasti dalam kes ini.

“AKPS komited memastikan keselamatan pintu masuk negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta bebas daripada sebarang ancaman keselamatan dan penyalahgunaan.” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button