Polis sahkan satu lagi kejadian warga asing jatuh bangunan di KLIA2
PUTRAJAYA – Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), malam tadi.
Nenurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, pasukan perubatan telah memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia kira-kira pukul 2.55 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













