[VIDEO] PM minta KDN bertindak tegas warga asing langgar syarat pas sosial
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar syarat pas sosial.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, KDN perlu melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan, bagi membendung pelancong asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.
@malaysiatribune Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar syarat pas sosial. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, KDN perlu melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan, bagi membendung pelancong asing bekerja secara tidak sah di Malaysia. #malaysiatribune #beritasemasa #kdn #passosial #trending
“Perdana Menteri telah meminta supaya tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing, khususnya pelawat yang menyalahgunakan pas sosial atau kelonggaran pemberian visa untuk tujuan bekerja, diambil tindakan tegas,” katanya..
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.
Beliau menambah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, dari tahun 2025 hingga pertengahan Januari lalu, seramai 54,791 individu telah diperiksa dan diambil tindakan dalam operasi penguatkuasaan berkenaan.
“Bagi tahun 2025, jumlahnya adalah seramai 51,100 orang, manakala bagi tahun 2026 sehingga bulan pertama, seramai 3,691 orang telah diambil tindakan.
“Terdapat pecahan lebih terperinci mengikut negara tertentu, namun untuk maklumat lanjut, rakan-rakan media boleh merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








