BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga asing ditemukan maut dengan 14 kesan tikaman di hotel

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan 14 kesan tikaman di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemukan selepas pihak polis menerima laporan kira-kira pukul 5.30 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 11 kesan tikaman di bahagian dada mangsa, selain masing-masing satu kesan tikaman di leher, jari telunjuk serta lengan kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raub berkata, siasatan awal mendapati suspek pembunuhan dipercayai seorang lelaki warga asing yang melarikan diri sejurus selepas kejadian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button