Putus cinta mungkin punca pelajar Tingkatan Satu terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah – Polis
SHAH ALAM – Kemurungan akibat putus cinta mungkin menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu terjatuh dari tingkat satu di sebuah sekolah di daerah ini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang mengalami luka di dahi serta kaki dan dilaporkan dalam keadaan sedar serta stabil dipercayai putus cinta dengan teman lelakinya yang belajar di sekolah sama.
“Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat mangsa mengalami kemurungan selepas putus cinta dengan teman lelakinya yang juga pelajar Tingkatan Dua di sekolah yang sama.
“Kes di siasat mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








