Polis giatkan siasatan penemuan pelajar perempuan dengan kaki dan tangan terikat dalam tandas sekolah
SUNGAI PETANI – Polis masih menyiasat insiden penemuan seorang pelajar perempuan dalam keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali leher di tandas sebuah sekolah menengah, di sini Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum dapat diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut, lapor Kosmo, hari ini.
“Kta sedang melengkapkan siasatan terhadap dua pelajar yang ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian itu serta mangsa.
“Walau bagaimanapun disebabkan kesemua mereka masih di bawah umur serta mangsa yang trauma, kita memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323/324 Kanun Keseksaaan.
Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan perasaan tidak puas membabitkan pencapaian cemerlang mangsa dalam akademik sehingga dia disukai oleh ramai pelajar lelaki sekolah itu.
Keadaan tersebut tidak disenangi oleh salah seorang pelajar perempuan selepas mendapati teman lelakinya turut cuba mendekati mangsa.
Dia kemudian bertindak mengajak rakannya sebelum dipercayai mengikat mangsa serta memukulnya di dalam tandas sekolah.
Menurut pelajar yang enggan dikenali itu lagi, dia terkejut selepas mendapat tahu dua pelajar sekolah ditahan polis sehari selepas kejadian berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



