Seorang terbunuh, dua lagi cedera diserang ketika makan di restoran
NIBONG TEBAL – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap, di sini petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian itu sambil berkata, kejadian berlaku pukul 4.30 petang tadi.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kami sedang mengenal pasti suspek yang terbabit serta motif di sebalik serangan itu,” katanya.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 59 tahun dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di seluruh badan.
Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang dirawat di hospital.
Difahamkan, kira-kira 15 lelaki memakai topeng muka menyerang ketiga-tiga mangsa ketika mereka sedang makan di restoran berkenaan.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu, termasuk mengenal pasti motif serangan.
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa yang cedera, termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal, dipercayai akibat serangan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







