JENAYAH & MAHKAMAH

Insiden pelajar perempuan ditemukan dibunuh, KPTMSB beri kerjasama penuh

CYBERJAYA – Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd (KPTMSB) sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden seorang pelajar kolej yang ditemukan maut akibat 61 tikaman di Ketereh, Kelantan semalam.

KPTMSB dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketika ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, warga kampus dan orang ramai dimohon supaya tidak menyebarkan maklumat atau spekulasi yang tidak sahih berkaitan insiden ini bagi menghormati privasi keluarga dan memastikan kelancaran siasatan.

“Maklumat lanjut berhubung perkembangan berkaitan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB,” kata kenyataan itu, hari ini.

KPTMSB turut memberitahu, pihaknya turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar berkenaan.

“Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button