BERITA SEMASA

Pelajar meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM ucap takziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, yang meninggal dunia secara mengejut ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh, semalam.

KPM memaklumkan Allahyarham rebah ketika perlawanan berlangsung sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Sehubungan dengan insiden ini, KPM mengambil keputusan untuk membatalkan kejohanan yang dijadualkan berlangsung sehingga esok sebagai tanda menghormati pemergian Allahyarham,” memetik laporan HM online.

KPM turut berkata, kejohanan berkenaan akan dijadualkan semula pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

“Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.

Tragedi itu turut mengundang rasa pilu dalam kalangan warga pendidikan dan rakan seperjuangan Allahyarham di arena sukan ragbi sekolah.

Kejadian tersebut menjadi peringatan tentang kepentingan aspek keselamatan serta pemantauan kesihatan atlet muda ketika menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button