Dua beradik maut dalam kebakaran rumah di Kampung Koh
SITIAWAN – Dua beradik perempuan berusia 15 dan 18 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah dua tingkat bersebelahan di Kampung Koh, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.01 pagi sebelum jentera bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Seri Manjung dikerahkan ke lokasi kejadian dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis.
“Kebakaran itu turut memusnahkan dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.30 pagi, manakala operasi pemadaman sepenuhnya atau overhaul masih dijalankan,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Beliau berkata, pihaknya turut menghubungi unit khas K9 bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








