LUAR NEGARA

Banjir di Thailand ragut 31 nyawa, kini bersedia hadapi gelombang kedua

BANGKOK – Banjir besar yang berlaku di seluruh Thailand sejak 16 September lalu meragut 31 nyawa dan menjejaskan kira-kira 4.14 juta orang.

Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana berkata, hampir 3.52 juta penduduk di 26 wilayah dan ibu negara masih terjejas akibat banjir.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan usaha mengalirkan keluar air, bantuan serta pemulihan pascabanjir ketika negara itu bersiap sedia menghadapi satu lagi gelombang hujan dan air pasang besar.

Mempengerusikan mesyuarat Ibu Pejabat Markas Bencana Kebangsaan, semalam, Anutin berkata, keadaan keseluruhan semakin baik, dengan paras air di kawasan hulu mula stabil dan menurun.

Beliau mengarahkan pengendali takungan yang penuh atau hampir penuh supaya melepaskan air dengan segera, sambil memastikan komuniti di kawasan hilir dilindungi.

Anutin turut mengarahkan laluan air dan saliran yang tersumbat dibersihkan serta air dipam keluar dari kawasan yang ditenggelami banjir.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramalkan berlaku sehingga esok di kebanyakan kawasan negara itu, termasuk Bangkok, menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button