BERITA SEMASA
Lima sungai di Kedah masih lepasi tahap bahaya
ALOR SETAR – Lima sungai di negeri ini masih melepasi tahap bahaya berikutan hujan berterusan hari ini.
Maklumat daripada Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11.50 malam tadi memaklumkan semua sungai tersebut berada dalam daerah Baling, Pendang dan Bandar Baharu.

Dalam pada itu, setakat ini berdasarkan tinjauan di media sosial mendapati beberapa kawasan di daerah di negeri ini seperti di Kodiang dan Changlun, Kubang Pasu, Kulim, Pendang dan Sik sudah dinaiki air.
Difahamkan, pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah sudah bersiap sedia dan melakukan pemantauan di lokasi yang dinaiki air.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








