Banjir Nepal-Tibet: Angka korban meningkat kepada 797
KATHMANDU : Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet kini mencecah sekurang-kurangnya 797 orang, manakala 3,048 lagi masih hilang.
Daripada jumlah tersebut, Nepal merekodkan 781 kematian, dengan 2,502 individu masih belum ditemui, termasuk 592 warganegara asing.
Di Tibet, China pula, 16 orang disahkan maut, manakala 546 lagi masih hilang.
Situasi paling kritikal di Nepal dilaporkan berlaku di daerah Rasuwa apabila 562 orang masih belum ditemui.
Secara keseluruhan, seramai 1,910 rakyat tempatan masih dalam senarai hilang di Nepal, termasuk 933 pekerja projek hidroelektrik, 45 anggota Tentera Nepal, 38 anggota polis serta 19 pegawai kastam dan imigresen.
Sementara itu, pihak berkuasa India turut menemui tujuh mayat di sebuah sungai yang mengalir dari Nepal dan dipercayai mempunyai kaitan dengan bencana berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah tersebut masih belum dimasukkan ke dalam angka rasmi korban.
Dalam perkembangan sama, sekurang-kurangnya 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih hilang di Nepal, manakala 36 lagi berada dalam senarai kehilangan di China.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan di kawasan terjejas, menyebabkan jumlah korban serta individu yang masih hilang dijangka berubah dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








