BERITA SEMASA

Banjir Hatyai: Lebih 40 rakyat Malaysia termasuk warga emas masih terkandas

Perlu bantuan ubatan

BUKIT KAYU HITAM – Lebih 40 rakyat Malaysia, termasuk sekumpulan warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, Johor, masih terkandas di Hotel Paradise, Hatyai susulan paras air banjir kembali meningkat, hari ini.

Lebih memburukkan keadaan, kumpulan warga emas yang terkandas amat memerlukan bantuan segera, khususnya bekalan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti darah tinggi dan jantung, lapor SH Online.

Menurut Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn Bhd, Dr Baharin Baharom, hujan yang tidak berhenti sejak semalam menyebabkan paras air terus naik dan menenggelamkan beberapa kenderaan yang sebelum ini masih kelihatan.

“Saya mohon pihak Konsulat Malaysia di Songkhla supaya dapat segera menghantar bantuan ubat atau membantu memindahkan mereka dari hotel ini.

“Ketika ini, bekalan elektrik sudah terputus dan tiada lagi bantuan generator,” katanya lagi.

Jelas beliau, pihak hotel masih menyediakan makanan, namun hanya untuk waktu pagi dan tengah hari sahaja, manakala makan malam tidak lagi disediakan kerana kekangan logistik.

“Semalam air sempat surut dan kita masih nampak kereta, tetapi hari ini sudah ada yang tenggelam. Saya difahamkan gelombang kedua ini lebih besar dan memburukkan lagi keadaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button