AKPS usir enam warga Bangladesh berpakaian korporat dakwa mahu hadiri program penting
CYBERJAYA – Pihak Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menolak kemasukan enam warga Bangladesh ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua mereka terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 50-an lengkap berpakaian korporat.
Beliau berkata, kemasukan mereka ke Malaysia melalui jalan darat itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan disyaki bukan pelancong tulen.
Tambahnya, mereka memberi alasan mahu menghadiri satu program penting.
“Mereka tidak dibenarkan masuk melalui jalan darat dan diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama.
“AKPS sentiasa komited dalam memastikan pintu masuk negara berada dalam kawalan terbaik serta tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak bagi tujuan yang menyalahi undang-undang,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








