Warga Bangladesh maut dipanah petir
RAUB – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas dipanah petir ketika berada di tapak pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) di Kuala Atok, Dong, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa menuju ke kawasan tapak berkenaan untuk mencari adiknya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Md Shahangir, 37, tinggal di Kuala Lumpur dan datang ke tapak pembinaan itu untuk melawat adiknya sehari sebelum kejadian.
“Ketika berjalan kaki dari rumah kongsi menuju ke lokasi kerja adiknya, mangsa dipanah petir dan mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di situ.
Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








