Rezeki berniaga lebih luas, Rayme Zainal tidak lupakan dunia seni
KUALA LUMPUR – Biarpun pernah mencipta nama dalam industri seni suara tanah air, penyanyi Rayme Zainal kini memilih untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang keusahawanan yang disifatkannya lebih menjamin masa depan.
Menurut Rayme, 47, walaupun minat terhadap nyanyian masih menebal dalam diri, beliau kini lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai pengurus syarikat yang mampu memberikan pendapatan tetap.
“Betul buat masa ini hanya lebih fokus kepada pengurus ini kerana rezeki dalam perniagaan ini lebih berpihak kepada selain mendatangkan duit terlebih dahulu.
“Nyanyian ini saya hanya buat sekadar pendapatan tambahan sahaja kalau ada undangan nyanyian baru saja saya aktif balik namun dalam perancangan mengeluarkan single terbaru.
“Kalau hendak kata rindu menyanyi memang tidak diakui namun saya masih boleh menyanyi di acara yang saya anjurkan bahkan begitu setiap kali lagu saya keluar masih lagi ada sambutan juga,” katanya.
Tambah beliau, walaupun tidak lagi aktif sepenuhnya dalam industri seni, rasa rindu terhadap pentas nyanyian tetap ada dan sering dilepaskan dalam acara yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri.
Rayme sebelum ini pernah menyertai program realiti televisyen All Together Now pada tahun 2022, selain turut dikenali menerusi lagu-lagu seperti Andai* dan Close To You yang mendapat sambutan di platform penstriman muzik Spotify.

Mengorak langkah sebagai usahawan, Rayme menerusi syarikat miliknya, Raydiates Blue Sdn Bhd, telah berjaya menganjurkan Bazar Aidilfitri Anjung Syawal yang merupakan sebahagian daripada Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025.
Bazar yang berlangsung selama 33 hari itu mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya menarik lebih 300 peniaga dan mencatat nilai jualan melebihi RM10 juta, menjadikannya antara bazar raya terbesar di Lembah Klang.
Baca juga : Bazar Aidilfitri Anjung Syawal rekodkan sejuta pengunjung, jualan peniaga cecah RM100,000
Dalam pada itu, Rayme turut merancang untuk menganjurkan acara berskala antarabangsa pada tahun hadapan sebagai usaha menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan negara.
“Perancangan ini adalah langkah strategik syarikat untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia melalui penganjuran festival seni dan budaya yang disokong agensi kerajaan serta kerjasama sektor korporat,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















