BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Salamah Gold & Jewellery buka cawangan ketiga di Ampang, tawar harga ‘trade-in’ kompetitif

KUALA LUMPUR – Pembukaan cawangan ketiga Salamah Gold & Jewellery di Galaxy Ampang Shopping Centre di sini membuktikan keyakinan jenama emas tempatan itu untuk terus berkembang dalam industri barang kemas negara, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan terhadap koleksi emas moden dan berkualiti.

Menurut pengurus cawangan Ampang, Mohd Bukri Osman, perasmian cawangan baharu itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat berkenaan selepas kejayaan operasi mereka di Kajang serta Medan Gopeng, Perak yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Jelasnya, nama “Salamah” dipilih sebagai simbol penghargaan kepada ibunya, Salamah Salleh yang menjadi sumber inspirasi serta kekuatan sepanjang beliau membangunkan perniagaan tersebut.

“Bagi saya, ibu adalah simbol kekuatan dan pengorbanan. Nama Salamah dipilih bukan sahaja mudah diingati, malah membawa nilai kasih sayang keluarga, keberkatan dan legasi yang ingin kami bina dalam jenama ini,” katanya ketika sidang media sempena majlis pelancaran itu.

salamah gold
Suasana meriah mewarnai majlis pelancaran Salamah Gold & Jewellery di Ampang dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung serta pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran kereta mewah, cabutan bertuah dan promosi eksklusif.

Majlis berkenaan berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelanggan, rakan strategik perniagaan, komuniti automotif serta tetamu jemputan yang memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menampilkan pelbagai koleksi emas moden dan eksklusif, Salamah Gold & Jewellery turut mengetengahkan konsep ruang beli-belah lebih santai, moden dan mesra pelanggan bagi memberikan pengalaman membeli emas yang selesa kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam usaha menarik minat generasi muda mendekati industri emas, pihak pengurusan optimis bahawa emas kini bukan sekadar aksesori fesyen, sebaliknya semakin mendapat perhatian sebagai instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Acara pelancaran itu turut dimeriahkan dengan pameran kereta mewah Lamborghini pelbagai model serta motosikal berkuasa tinggi Ducati yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk bergambar dan menghasilkan kandungan media sosial berkonsepkan “Outfit of the Day” (OOTD).

Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah serta pelbagai hadiah eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian sepanjang acara berlangsung.

Mengulas lanjut, Mohd Bukri berkata, pendekatan layanan mesra pelanggan menjadi antara kekuatan utama jenama tersebut dalam memastikan setiap pelanggan memperoleh pengalaman terbaik ketika berurusan di premis mereka.

“Kami percaya layanan yang baik dan mesra pelanggan adalah kunci utama untuk memastikan pelanggan selesa dan terus memilih Salamah Gold & Jewellery tanpa mengira usia atau latar belakang,” ujarnya.

Sementara itu, Salamah Salleh meluahkan rasa syukur dan bangga melihat perkembangan perniagaan yang diasaskan anaknya itu.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Semoga nama Salamah ini terus membawa keberkatan dan menjadi pilihan masyarakat untuk mendapatkan emas berkualiti,” katanya.

Salamah Gold & Jewellery turut menawarkan harga ‘trade-in’ kompetitif, koleksi emas baharu pada harga istimewa, jualan emas preloved serta kos upah berpatutan bagi memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai peringkat.

Mengangkat tagline “Legasi Kemewahan”, jenama itu turut memperkenalkan pelbagai koleksi moden antaranya Marissa dan Cecilia yang direka khas sesuai digayakan dalam pelbagai acara serta gaya hidup masa kini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button