Sans Wellness diiktiraf The Asia Records sebagai pusat terapi semula jadi terbesar
KUALA LUMPUR – Sans Wellness mencipta pencapaian tersendiri apabila diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar bagi tahun 2025 menerusi inovasi terapi Genkilogy yang dipatenkan.
Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Sans Wellness sebagai antara peneraju dalam bidang terapi semula jadi dan kesejahteraan holistik di rantau Asia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Wellness, Dr Grace Tan San Chin berkata, pusat berkenaan yang bermula sebagai salon kecantikan pada tahun 2000 kini berkembang menjadi pusat pengurusan kesejahteraan dan kecantikan komprehensif yang menggabungkan terapi semula jadi serta teknologi moden.
Menurut beliau, sepanjang 25 tahun beroperasi, Sans Wellness telah memberi perkhidmatan kepada lebih 100,000 pelanggan selain membina empat tonggak utama dalam pengurusan kesejahteraan.
“Sans Wellness sudah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan. Selepas 25 tahun pembangunan dan inovasi, Sans Wellness telah membina empat tonggak utama iaitu sebagai pusat penjagaan profesional, Sans Retreat untuk pemulihan dan bimbingan kesejahteraan peribadi.
“Serta kursus pendidikan kesejahteraan sistematik yang menawarkan spektrum penuh pengalaman pengurusan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga : Smart Financing diiktiraf The Asia Records, catat kelulusan pinjaman tertinggi 2025
Beliau berkata, pengiktirafan daripada The Asia Records itu amat bermakna kerana ia mengesahkan dedikasi Sans Wellness terhadap inovasi, profesionalisme dan kesihatan pelanggan sepanjang suku abad penubuhannya.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan memperluas perkhidmatan, menggabungkan penyembuhan semulajadi dengan teknologi moden.
“Kami mahu membawakan kesejahteraan kepada lebih banyak keluarga dan menjadikan gaya hidup sihat mudah dicapai oleh semua orang,” ujarnya.
Selain itu, Sans Wellness turut disenaraikan dalam Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama dan laman rasmi The Asia Records.
Sans Wellness merupakan pusat pengurusan kesejahteraan dan kecantikan yang memberi tumpuan kepada terapi semula jadi berasaskan konsep Genki bagi membantu merangsang keupayaan penyembuhan diri badan, memperbaiki keadaan separa sihat serta mencegah penyakit kronik.
Pada masa sama, pusat itu kini sedang membangunkan kampus kesejahteraan yang menggabungkan pendidikan, program pengalaman dan terapi bagi menawarkan penyelesaian kesejahteraan lebih menyeluruh kepada masyarakat.
Melalui terapi Genkilogy, Sans Wellness menggabungkan terapi semula jadi dan teknologi moden bagi memberikan peningkatan kesihatan yang lebih cepat serta berkesan.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








