Smart Financing diiktiraf The Asia Records, catat kelulusan pinjaman tertinggi 2025
KUALA LUMPUR – Keupayaan meluluskan jumlah pinjaman tertinggi dalam kalangan kelab pelaburan hartanah pada tahun 2025 melonjakkan Smart Financing ke satu tahap baharu apabila syarikat itu diiktiraf oleh The Asia Records.
Diasaskan oleh Datuk Dr Gary Chua, Smart Financing dikenali sebagai pakar dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan inovatif untuk pelabur hartanah serta kelab pelaburan.
Menurut Gary, pendekatan inovatif dalam proses kelulusan pinjaman yang dilaksanakan syarikat itu telah membantu ramai pelabur mendapatkan akses kepada pembiayaan lebih besar bagi mengembangkan portfolio hartanah mereka.
“Komitmen syarikat dalam memudahkan pertumbuhan pelaburan terbukti melalui pencapaian rekod ini.
“Pengiktirafan daripada The Asia Records mengesahkan peranan perintis kami dalam sektor pembiayaan hartanah. Kami berbangga menjadi pemegang rekod pertama bagi kategori ini,” katanya.
Pengiktirafan sulung tersebut itu sekali gus menonjolkan kepimpinan Smart Financing dalam sektor pembiayaan pelaburan hartanah, khususnya dalam menyediakan akses dana berskala besar kepada pelabur.
Mengulas lanjut, Gary berkata, pencapaian tersebut turut mencerminkan dedikasi berterusan Smart Financing dalam menyokong pelabur hartanah di negara ini.
Dalam masa sama, syarikat berkenaan turut memainkan peranan sebagai akademi hartanah dengan menawarkan kursus bagi membantu institusi dan individu memahami strategi pelaburan serta membina kekayaan jangka panjang.
“Kursus ini melengkapkan peserta dengan pengetahuan, alatan dan sumber untuk menghadapi cabaran dunia sebenar yang sentiasa berubah,” ujarnya.
Smart Financing turut dipaparkan dalam buku The Asia Record Book 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta laman web rasmi The Asia Records.
Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat itu boleh melayari laman web rasmi Smart Financing di https://www.smartfinancing.com.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








