BOKITTA buka semula butik di Alamanda, tampil wajah baharu lebih premium
Butik baharu BOKITTA jadi penanda aras pengalaman beli-belah jenama fesyen Muslimah
PUTRAJAYA – Selepas tiga tahun meninggalkan Alamanda Putrajaya, jenama tudung dan fesyen Muslimah, BOKITTA kembali membuka butik baharunya dengan konsep ‘premium lifestyle’ yang menawarkan ruang lebih luas serta pengalaman membeli-belah lebih eksklusif kepada pelanggan.
Pembukaan semula butik itu menandakan fasa baharu perkembangan jenama berkenaan menerusi butik konsep pertama yang direka khas bagi memberikan suasana membeli-belah lebih selesa, premium dan memenuhi keperluan wanita moden.
Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan BOKITTA, Datin Ayu Roslan berkata, pihaknya memilih untuk kembali ke Alamanda Putrajaya selepas menerima permintaan berterusan daripada pelanggan sejak kerjasama di pusat beli-belah itu bermula pada 2019.
“Kami kembali ke Alamanda dengan lot yang lebih besar untuk memberi keselesaan dan ruang yang lebih luas kepada pelanggan serta pencinta tudung Bokitta.
“Pelanggan di Putrajaya sudah lama menanti dan kerap bertanya bila Bokitta akan kembali ke sini. Atas sebab itu, kami memilih untuk membuka semula butik di Alamanda,” katanya pada majlis pembukaan butik berkenaan di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn. Bhd., Aniza Shahadan berkata, BOKITTA turut memperkenalkan tiga koleksi utama baharu sempena pembukaan butik tersebut.
Menurut beliau, koleksi pertama ialah Bokitta Monogram yang menampilkan cetakan logo ikonik sebagai lambang kemewahan dan identiti eksklusif jenama itu.
“Bagi pencinta gaya harian pula, kami memperkenalkan warna-warna terbaharu bagi koleksi Plain Chiffon.
“Selain itu, kami turut melancarkan material revolusi terbaharu iaitu Ribbed Jersey yang diperbuat daripada gentian semula jadi Lenzing. Material ini sangat anjal, sejuk, menyerap peluh dengan baik dan paling penting tidak perlu digosok,” katanya.
Beliau berkata, BOKITTA kini bukan sekadar menawarkan tudung, sebaliknya berkembang sebagai jenama gaya hidup yang menyediakan pelbagai pilihan pakaian, pakaian sukan, telekung serta aksesori.
Katanya, tudung instant keluaran BOKITTA juga kini hadir dengan pelbagai gaya yang sesuai digunakan untuk aktiviti harian, melancong, bersukan sehingga menghadiri majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, butik baharu di Alamanda mengetengahkan konsep ‘Modern Minimalist with Organic Mediterranean’ yang mewujudkan suasana lembut, eksklusif dan menenangkan, selain dilengkapi ruang yang lebih luas, pencahayaan sesuai serta ruang rehat yang selesa.
Menurut Ayu, konsep butik tersebut akan dijadikan penanda aras bagi semua butik BOKITTA selepas ini termasuk di Suria KLCC, IOI City Mall dan IOI Damansara.
Katanya, menerusi pembukaan semula butik itu, BOKITTA berharap dapat terus menghargai pelanggan setia di samping menarik pelanggan baharu, selain memastikan stok warna dan corak kegemaran pengguna sentiasa tersedia dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








