BERITA SEMASA

Bas persiaran terbabas, trafik perlahan di KM328.3 PLUS arah utara

KUALA LUMPUR – Sebuah bas persiaran dilaporkan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 328.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Bidor ke Tapah, tengah hari tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kemalangan yang berlaku pada pukul 12.24 tengah hari itu menyebabkan lorong kanan bagi kedua-dua arah terhalang.

“Susulan terdapat kemalangan di KM328.3 arah utara dari Bidor ke Tapah. Lorong kanan arah selatan dan lorong kanan arah utara terhalang. Trafik perlahan,” menurut LLM menerusi hantaran di Facebook.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan LLM, bas persiaran berkenaan dilihat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung punca kejadian, jumlah mangsa atau kecederaan dilaporkan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kelewatan.

PLUS turut mengingatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan keselamatan sepanjang pemanduan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button