TH perkenal modul kesihatan dalam Kursus Asas Haji
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil langkah proaktif memperkenalkan modul kesihatan dalam Kursus Asas Haji (KAH) bagi musim 1447H/2026M, sebagai persiapan kepada jemaah tanah air menghadapi syarat kesihatan yang diperketatkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, modul baharu itu memberi fokus kepada rutin kesihatan jemaah termasuk senaman seperti berlari 10,000 tapak sehari atau mendaki bukit bagi memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal optimum sebelum menunaikan ibadat haji.
“Untuk Kursus Asas Haji yang diadakan, kita masukkan modul baru, iaitu modul kesihatan.
Saya difahamkan, setiap bulan, TH akan berikan anugerah kepada jemaah yang hadir KAH dan menunjukkan rutin kesihatan yang dijalankan. Alhamdulillah, secara tak langsung ini mendidik mereka untuk menjaga kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-18 Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), di sini, hari ini.
Pada 19 Oktober lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan yang diperketatkan bagi musim haji 1447H/2026M, sekali gus menjadikan persiapan kesihatan jemaah lebih penting berbanding sebelum ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








