PM iktiraf sumbangan pembangunan oleh Sarawak
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf sumbangan serta peranan Sarawak dalam pertumbuhan dan pembangunan negara.
Sehubungan itu katanya, kerajaan akan sentiasa memberi dukungan kepada seluruh rakyat negeri itu bagi memastikan kesejahteraan yang dikecapi dipertahankan.
“Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi dukungan agar kita dapat secara bersama memungkinkan kesejahteraan buat seluruh rakyat Sarawak,” katanya dalam hantaran di Facebook sempena Hari Sarawak hari ini.
Perdana Menteri berkata, Sarawak adalah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rencam suku kaum dan menjadi faktor pengikat yang menjamin kesatuan, perpaduan dan kasih sayang.
Tahun ini merupakan sambutan Hari Sarawak ke 61 yang diadakan di Bintulu selama dua hari bermula kelmarin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














