BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Deanne Beaute buka ruang wanita ceburi bidang kecantikan tanpa modal tinggi

Anne Hayaz menubuhkan Deanne Beaute bagi membuka peluang perniagaan kepada wanita dalam industri kecantikan.

SHAH ALAM – Minat mendalam dalam bidang kecantikan mendorong seorang ibu kepada empat orang anak, Anne Hayaz, 43, menubuhkan Deanne Beaute, pusat kecantikan yang bukan sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan, malah membuka peluang kepada wanita memulakan perniagaan tanpa memerlukan modal besar.

Anne dan anak sulungnya, Arash ketika berkongsikan perjalanan Deanne Beaute kepada media. – Foto Malaysia Tribune.

Bermula secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah, pengalaman awal Anne sebagai perunding kecantikan dan beauty therapist selepas tamat persekolahan menjadi asas kepada penubuhan pusat tersebut yang kini beroperasi di Glenmarie, Shah Alam.

 

“Selepas beberapa tahun berkhidmat dalam sektor korporat, saya ambil keputusan untuk kembali ke bidang yang saya cintai. Semuanya bermula dengan servis rumah ke rumah sehinggalah lahirnya hasrat untuk memiliki pusat kecantikan sendiri,” katanya kepada Malaysia Tribune baru-baru ini.

Tambahnya, Deanne Beaute ditubuhkan secara rasmi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika permintaan terhadap perkhidmatan kecantikan di rumah meningkat.

Ruangan rawatan kuku tangan dan kaki (manicure dan predicure). -Foto Malaysia Tribune.

Kini, Deanne Beaute menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk rawatan wajah, dandanan rambut, manicure, pedicure, sambungan bulu mata (eyelash extension) dan waxing.

Seni hiasan kuku deanne beaute. – Foto Malaysia Tribune.

Menariknya, pusat ini turut menyediakan ruang sewaan lengkap kepada graduan institusi kecantikan serta pekerja bebas yang mahu menjalankan perniagaan sendiri tanpa beban kos permulaan yang tinggi.

Ruangan kerja dandanan dan rawatan rambut yang disediakan deanne beaute. – Foto Malaysia Tribune.

“Kami sediakan kemudahan lengkap seperti kerusi, cermin, penghawa dingin dan pantry. Mereka hanya perlu membawa peralatan asas sahaja,” katanya.

Ruangan perawatan penjagaan kulit, dandanan kening dan bulu mata serta perkhidmatan waxing. – Foto Malaysia Tribune

Harga sewaan yang ditawarkan juga amat berpatutan, serendah RM80 sehari, RM350 seminggu dan RM1,000 sebulan, bergantung kepada tempoh penggunaan.

Menurut Anne, pelanggan yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur, khususnya wanita berusia 26 hingga 60 tahun yang datang untuk mendapatkan rawatan atau menyewa ruang niaga.

Anak sulungnya, Arash Isaandar, 22, turut memainkan peranan penting dalam pengurusan perniagaan, termasuk ketika fasa awal penubuhan pusat tersebut.

“Kami bantu Mama dari awal, termasuk menghantar perkhidmatan ke rumah pelanggan. Walaupun banyak cabaran, kami terus sokong kerana ini impian Mama,” katanya.

Arash turut berkongsi bagaimana mereka sekeluarga melaksanakan sendiri kerja renovasi dan persiapan awal tanpa bantuan luar.

Kini selepas lebih lima tahun beroperasi, Deanne Beaute sedang merancang untuk membuka pusat latihan kecantikan sebagai usaha melahirkan lebih ramai wanita berkemahiran dalam bidang seperti grooming, rawatan wajah dan dandanan rambut.

Anne turut menyasarkan pembukaan lebih banyak cawangan Deanne Beaute di daerah dan negeri lain, dengan impian menjadikan jenama itu sebagai francais yang menyokong pertumbuhan peniaga kecil dalam industri kecantikan tempatan.

“Saya mahu Deanne Beaute bukan sekadar pusat kecantikan, tetapi juga pusat latihan dan sokongan kepada mereka yang benar-benar serius mahu ceburi bidang ini,” ujarnya.

Sementara itu, Arash menyatakan harapannya agar perniagaan yang diasaskan ibunya terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada ramai.

“Saya harap satu hari nanti wajah Mama terpampang di papan iklan besar. Biar saya boleh bangga dan kata kepada kawan-kawan, ‘Itu Mama saya’,” katanya sambil tersenyum.

Deanne Beaute kini bukan sekadar destinasi rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi platform memartabatkan wanita sebagai usahawan berjaya di peringkat akar umbi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau menyertai program sewaan niaga Deanna Beaute boleh menghubungi talian 019-387 2110, e-mel ke deanne.beaute@gmail.com atau terus ke premis mereka di No. 28-1, Jalan Jurureka U1/40, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button