Wanita warga emas maut dipercayai ditetak di Ipoh
IPOH – Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Aman, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.
“Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








