JENAYAH & MAHKAMAH

Polis cari waris lelaki maut di Pantai Port Dickson

PORT DICKSON – Polis menggesa waris atau individu yang kehilangan ahli keluarga lelaki berketurunan Cina berusia dalam lingkungan 40-an tampil menghubungi pihak berkuasa susulan penemuan mayat di pantai berhampiran sebuah hotel di Batu 4, di sini, pada 7 November lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat daripada orang awam pada pukul 7.55 malam, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya, mangsa berambut pendek beruban, berkulit cerah dengan ketinggian 164 sentimeter, berat 64 kilogram dan memakai gigi palsu.

“Lelaki itu lengkap berpakaian baju T warna hitam dengan jalur menegak dan lengan berjalur melintang serta berseluar pendek hijau bertulis “Army” di sebelah kiri.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat yang selesai pukul 10 pagi semalam,” jelas beliau.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Port Dickson, Inspektor Rowi Hasan di talian 019-6666652 atau 06-6472222, atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button