BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lapan sami maut dirempuh pikap dipandu kanak-kanak 11 tahun

BANGKOK – Lapan sami Buddha maut, manakala 10 lagi cedera selepas sekumpulan penganut agama itu dirempuh sebuah trak pikap yang dipandu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ketika menyertai perarakan keagamaan di wilayah Mukdahan, timur laut Thailand, hari ini.

Menurut polis, seramai 35 sami bersama lima pengikut awam sedang berjalan di bahu jalan sebagai sebahagian daripada aktiviti ziarah keagamaan apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba merempuh kumpulan tersebut.

Komander Polis Wilayah Mukdahan, Mejar Jeneral Pairoj Thaiphutsa berkata, pemandu trak itu merupakan seorang kanak-kanak dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Suspek ialah seorang kanak-kanak. Kenderaan itu telah dihantar untuk pemeriksaan forensik bagi menentukan punca insiden,” katanya kepada pemberita.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, manakala pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas berkenaan.

Insiden itu mencetuskan kejutan di Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha, ketika perarakan keagamaan yang lazimnya berlangsung dalam suasana aman dan mendapat penyertaan ramai sami serta penganut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button