Juruteknik maut motosikal dirempuh Myvi
DUNGUN – Seorang juruteknik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 70, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Pusat Koreksional Bukit Besi, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd Yusop Abu Bakar, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wa Baru, di sini, selepas selesai bekerja di Bukit Besi.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Wave AFS110 yang ditunggang mangsa dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.
“Kereta berkenaan dipandu lelaki berusia 42 tahun yang dikatakan dalam perjalanan dari Jerangau menuju ke pusat bandar Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ab Halim berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dan terjatuh dari motosikal.
Beliau berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Pemandu Perodua Myvi pula mengalami kecederaan ringan di bahagian muka,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








