JENAYAH & MAHKAMAH

Ibu 5 anak maut disamun, dirogol sebelum dibunuh

LAHAD DATU – Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai ditemukan maut di dalam kawasan semak sebuah kebun pisang di Kampung Pisang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal juga mendapatu mangsa yang berusia 36 tahun disamun dan dirogol sebelum dibunuh.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 8.26 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluannya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya pada pukul 8.15 pagi.

Selain itu, beliau berkata, polis mendapati telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga didapati hilang dalam kejadian itu.

“Menurut saksi, mangsa yang juga ibu kepada lima anak keluar rumah pada 6.15 pagi untuk pergi bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran.

“Bagaimanapun, pemilik restoran tempat wanita itu bekerja mendapati dia tidak datang berkerja sebelum menghubungi keluarganya. Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga mangsa berusaha mencarinya, sebelum menemukan mayatnya di kawasan semak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Dr Rohan berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button