Kanak-kanak 5 tahun maut tertusuk besi ampaian di leher
GOMBAK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada lehernya.
Difahamkan ketika kejadian, kanak-kqnak malang itu sedang bermain di kediaman keluarganya di sebuah pangsapuri dekat Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.
“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.
“Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya pada Selasa.
Sementara itu Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








