LUAR NEGARA

Kemalangan kereta api: Lebih 230 terbunuh, ratusan lagi tercedera

NEW DELHI – Angka kematian akibat kemalangan tiga buah kereta api di wilayah Odisha, India meningkat kepada 233 orang setakat pagi ini.

Ketua Setiausaha wilayah, Pradeep Jana dalam ciapannya berkata, ketika ini operasi menyelamat mangsa masih dijalankan kerana dipercayai berpuluh lagi mangsa masih terperangkap.

Setakat ini, 900 mangsa diklasifikasikan sebagai tercedera.

Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, difahamkan sebuah kereta api penumpang tergelincir lalu gerabaknya bertembung koc kereta api di landasan sebelahnya.

Sebuah lagi kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Yeswantpur ke Howrah kemudian turut melanggar gerabak yang tergelincir tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button