In Saff Travel & Tours Sdn Bhd tawar pakej umrah serendah RM4,970
KUALA LUMPUR – Sebagai pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd tidak terlepas daripada fitnah dan kecaman segelintir pihak sehingga ada yang melabel syarikat berkenaan sebagai ‘scammer’ ekoran menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat berpatutan.
Pengarah Urusan In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, tahun ini In Saff Travel & Tours tampil dengan pakej umrah serendah RM4,970.
Katanya, walaupun kedengaran tidak masuk akal untuk menawarkan pakej umrah dengan harga berkenaan, In Saff Travel & Tours terus komited untuk memberi peluang kepada semua orang menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan Raudah.
Jelas beliau, pakej tersebut tidak termasuk dengan makanan dan minuman serta bagasi, namun kemudahan lain seperti bimbingan daripada mutawif disediakan.
“Pakej ini juga ditawarkan kepada mereka yang berkerja dan agak susah untuk mendapatkan cuti yang panjang.
“Inilah antara peluang untuk mereka menunaikan umrah dengan selesa dan ruang masa yang tidak lama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran pakej berkenaan, di ibu negara baru-baru ini.
Diberi nama Pakej Super Jimat selama 9 hari 7 malam, Mohd Fahmi berkata, sebahagian jemaah telah berlepas pada hujung Februari lalu dengan menggunakan penerbangan AirArabia.
Jelas beliau, seramai seramai 566 jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci dengan menaiki dua buah kapal Malaysia Airlines pada hari ini serta esok (2 dan 3 Mei).
“InsyaAllah, untuk trip kedua dengan harga pakej yang sama kami akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini menaiki penerbangan Malaysia Airlines.
“Kami mempunyai ramai alumni jemaah In Saff Travel & Tours, ada yang sudah beberapa kali langgan pakej umrah bersama kami.
“Malah ada juga yang turut membawa bersama keluarga, rakan-rakan dan saudara sehingga ada yang turut menjadi ejen sah kami,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Mohd Fahmi berkata, tahun lalu, In Saff telah berjaya membawa lebih 9,000 jemaah umrah dengan rata-rata daripada mereka telah melanggan pakej umrah ekonomi pada harga RM8,670 selama 12 hari 10 malam.
“Tahun ini, In Saff Travel & Tours menyasarkan untuk menerbangkan lebih daripada 10,000 jemaah umrah menerusi pelbagai pakej, daripada pakej bajet hingga ke pakej umrah premium termasuk pakej Clock Tower,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








