AGAMABERITA SEMASA

Jadikan ibadah suci alat kaut keuntungan perbuatan hina, keji – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Menipu dalam urusan ibadah adalah satu pengkhianatan besar terhadap agama, amanah umat Islam dan nilai kemanusiaan, demikian tegas Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, menjadikan ibadah suci sebagai alat untuk mengaut keuntungan adalah perbuatan yang hina, keji dan tidak akan terlepas daripada pembalasan dunia dan akhirat.

“Kerajaan tidak akan berdiam diri dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil tanpa kompromi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk insiden penipuan perkhidmatan umrah melibatkan penggunaan wajah selebriti yang telah memperdaya ramai umat Islam yang berniat untuk menunaikan ibadah umrah.

Sehubungan dengan itu, Mohd Na’im
merakamkan simpati dan solidariti kepada semua mangsa yang telah menjadi mangsa penipuan tersebut.

Mengulas lannjut, Menteri Agama berkata, beliau menyeru kepada semua pengendali perkhidmatan umrah agar sentiasa memelihara integriti, amanah dan tanggungjawab terhadap pelanggan.

Justeru itu, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak dahulu sebelum membuat pembayaran.

“Pastikan agensi umrah berdaftar dan sah di sisi undang-undang. Rujuk laman rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk pengesahan,” katanya.

Selain itu, Na’im berkata, masyarakat sepatutnya tidak mudah percaya dengan gambar artis, testimoni atau video yang belum tentu sahih.

“Sentiasa periksa latar belakang syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya sambil memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam penipuan perkhidmatan umrah agar behenti segera.

Tegas Mohd Na’im, keberkatan rezeki hanya hadir dari jalan yang halal dan bersih.

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT memelihara kita daripada fitnah manusia yang zalim, dan semoga semua mangsa diberikan pembelaan serta keadilan yang sewajarnya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button