BERITA SEMASA

Kereta bertembung dengan jengkaut, seorang terbunuh

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi termasuk seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah jengkaut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira pukul 4.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak dihantar ke lokasi kejadian.

Ketika sampai di tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun maut akibat tersepit di ruang penumpang belakang kereta.

“Tiga lagi mangsa yang cedera iaitu dua lelaki dan seorang wanita kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang tersepit di bahagian penumpang belakang telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button