BERITA SEMASA

Mayat mengerikan ditemukan dipercayai jatuh dari tingkat 41 hotel

MELAKA – Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh daripada tingkat 41 sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat mangsa berusia 52 tahun itu ditemukan seorang pengangkat barang di hadapan parkir lobi hotel berkenaan.

“Anggota Balai Polis Melaka Tengah bergegas ke lokasi jam 12.15 tengah malam. Tubuh mangsa hancur daripada separas pinggang ke atas.

“Kami turut menemukan cebisan mayatnya di sekitar kawasan berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Christopher berkata, saksi kejadian yang juga pengangkat barang itu memaklumkan, dia terdengar bunyi umpama tayar meletup.

“Sejurus menoleh, saksi mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badannya hancur.

“Dua lagi saksi iaitu warga Bangladesh mendakwa melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh daripada bangunan itu,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button