Remaja direman tiga hari bantu siasatan kematian bayi diserang anjing
SUNGAI BULOH – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak saudaranya yang dipercayai akibat serangan anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh.
Perintah reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga Ahad dikeluarkan selepas dia ditahan semalam kira-kira jam 11.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Kes ini masih dalam siasatan dan reman diperlukan bagi melengkapkan proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian menyayat hati tiga hari lalui, bayi malang terbabit dipercayai diserang anjing ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bersama bapa saudaranya (suspek).
Kejadian disedari ibu bapa mangsa ketika baru pulang dari tempat kerja selepas mendapati pintu rumah terbuka sebelum menemui mayat anak mereka pada jarak kira-kira 20 meter dari kediaman pada pukul 8.15 pagi.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 9.14 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








