BERITA SEMASA

Wanita Vietnam maut jatuh dari tingkat 12 pangsapuri di Kuching

KUCHING – Seorang wanita Vietnam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Daya, Kampung Bintawa, di sini, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 8.21 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas ditemukan terbaring di tingkat satu bangunan berkenaan.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya yang diketuai 11 anggota bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba pukul 8.29 malam, pasukan mendapati seorang wanita warga asing terjatuh dari tingkat 12 dan berada di tingkat satu pangsapuri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan bawah pangsapuri oleh pasukan penyelamat sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 9.25 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button