JENAYAH & MAHKAMAH

Penunggang motosikal maut dirempuh, polis buru pemandu langgar lari

SHAH ALAM – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu membabitkan lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai jurujual perumahan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batang Kali sebelum dipercayai dirempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

“Identiti serta nombor pendaftaran kenderaan terlibat masih belum dikenal pasti. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Polis kini giat mengesan kenderaan dan pemandu yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-6064 1222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button