JENAYAH & MAHKAMAH

Pekerja kedai kopi maut motosikal terbabas ketika pulang berbuka

ALOR SETAR – Seorang pekerja kedai kopi maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dalam kemalangan di Lebuhraya Darul Aman, Kepala Batas, di sini, malam tadi ketika dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu, mangsa, Muhammad Adam Aiman Abd Hamid, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asistan Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan pada pukul 7.50 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah, Kepala Batas.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, Jitra untuk berbuka puasa.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button