PAS ucap Selamat Hari Krismas
KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian dan menzahirkan harapan agar sambutan itu menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan, memperbaharui harapan serta memperteguhkan komitmen budaya kasih sayang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepelbagaian agama dan budaya yang wujud di negara ini merupakan satu amanah besar yang perlu dipelihara dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan oleh semua pihak.

“Di Malaysia, walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan, kita tetap perlu bersatu hati dan berkongsi impian dalam membina sebuah negara yang adil, selamat serta bermaruah untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Krismas, hari ini.
Menurut beliau, nilai-nilai murni yang diraikan sempena Krismas seperti kasih sayang, kemaafan, tawaduk dan khidmat bakti merupakan nilai sejagat yang turut dikongsi oleh semua agama dan kepercayaan, termasuk Islam.
Beliau turut berkata, dalam keadaan dunia yang berdepan konflik serta salah faham berpanjangan, Malaysia perlu terus kekal sebagai contoh kehidupan bersama yang harmoni, matang dan saling menghormati.
“Kita mungkin tidak bersetuju dalam semua perkara, namun kita masih boleh memilih untuk mendengar, memahami serta mempertahankan hak dan maruah setiap individu yang hidup di bawah langit Malaysia yang sama,” katanya lagi.
Takiyuddin berkata, keharmonian tidak dapat dicapai melalui keseragaman, sebaliknya memerlukan kesediaan serta keikhlasan semua pihak untuk menghargai dan melindungi ruang bersama dalam masyarakat majmuk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








