POLITIK

PRN Johor: PAS yakin menang sekurang-kurangnya di 7 kerusi

TUMPAT – PAS yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS optimis berupaya mencapai sasaran itu berdasarkan penilaian politik dan strategi pilihan rayanya.

“Kita yakin menang tujuh kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Penerangan Isu Semasa, di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohd Amar enggan mengulas lanjut berhubung asas kepada keyakinan itu mahupun mendedahkan kawasan yang dijangka dimenangi PAS pada PRN Johor dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan.

“Sudah tentu tumpuan kita ialah di kawasan yang ditandingi PAS,” katanya.

Berdasarkan senarai selepas proses penamaan calon PRN Johor yang selesai diadakan pagi tadi, PAS akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kerusi DUN Jementah dengan mempertaruhkan Saifullah Abdul Wahab.

Seterusnya, kerusi DUN Tenang (Normala Sudirman), Simpang Jeram (Arshed Yahya @ Awang), Maharani (Mohamad Anuar Hayan), Sungai Balang (Muhammad Amin Sailan), Semerah (Halim Kepol), Sri Medan (Ahmad Rosdi Bahari).

Selain itu, kerusi DUN Kahang (Mazlan Bujang), Endau (Hasnul Hakimi Hussien), Pasir Raja (Yuhanita Yunan), dan Tiram (Khirul Muntanazar Ismail).

Secara keseluruhan, seramai 172 calon diisytiharkan layak bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN Johor kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button