BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Gara-gara kereta buat pusingan U, penunggang motosikal maut kemalangan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di simpang tiga Jalan Masai Baru, Taman Molek, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asistan Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita tempatan berusia 69 tahun membuat pusingan U di lokasi berkenaan.

“Tiba-tiba muncul mangsa dari arah bertentangan sebelum berlaku perlanggaran di bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit.

“Akibat impak itu, motosikal mangsa terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sohaimi turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan, berhemah serta berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button