Penuntut USIM maut kemalangan di Karak
KUALA LUMPUR – Seorang penuntut tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meninggal dunia, manakala dua lagi rakannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 25.40 arah Timur Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, petang semalam.
Memetik laporan Al-Hijrah Online, difahamkan mangsa meninggal dunia adalah Nurul Syakirah Muhammad Nizam, yang merupakan penuntut Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah, Fakulti Syariah Undang-Undang USIM.
Sementara mangsa yang dilaporkan cedera adalah Nurul Huda Mohd Hassan dan Nurus Sakinah Hashim yang juga penuntut tahun satu Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa USIM.
Menurut laporan awal, Nurul Syakirah dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua rakannya telah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, PALAPES USIM menerusi hantaran Facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pegawai Kadet Wanita Batch 46 iaitu PKW Nurul Syakirah Muhammad Nizam yang telah kembali ke rahmatullah.
“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PALAPES USIM.

“Kami menzahirkan dukacita yang mendalam kepada keluarga Allahyarhamah atas kehilangan yang amat besar ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan iman kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








