BERITA SEMASA

Dua maut ditimpa pokok tumbang

AMPANG – Dua pengguna jalan raya maut selepas dihempap pokok tumbang di jalan utama Kampung Lembah Jaya Utara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada pukul 3.51 petang itu, pemandu kereta jenis Toyota Avanza disahkan maut di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Ampang.

“Sebaik menerima maklumat, bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), kerja-kerja pembersihan di sedang giat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seorang pegawai dan lima anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.51 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita terus melakukan kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button