BERITA SEMASA

Seorang wanita maut kereta bertembung lori

SUNGAI PETANI – Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.11 malam berhubung kejadian.

Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota BBP Tikam Batu dan BBP Amanjaya yang dikejarkan ke lokasi sejurus kemudian.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa perempuan dilaporkan tersepit.

“Seorang mangsa berusia 40-an dilaporkan telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, identiti mangsa terlibat masih belum dapat dikenal pasti.

Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dijalankan anggota di lokasi kejadian.

“Operasi tamat pada jam 10.43 malam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button