BERITA SEMASA

Unit kediaman tingkat 5 rosak teruk akibat kebakaran

SERI KEMBANGAN – Sebuah unit kediaman di tingkat lima sebuah blok pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, di sini musnah 80 peratus dalam satu kebakaran, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 12.12 tengah hari tadi.

Susulan laporan itu, seramai 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi, Saharudin Abd Razak berkata, setibanya pasukan di lokasi pada pukul 12.22 tengah hari, api kebakaran sedang marak di sebuah unit kediaman di bangunan pangsapuri lima tingkat berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman berkeluasan 20×70 kaki persegi. Kira-kira 80 peratus premis musnah,” katanya.

Saharudin berkata, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.37 tengah hari.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.05 petang. Operasi melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan sebuah tangki air,” katanya ;agi.

Beliau turut mengesahkan, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button