BERITA SEMASA

[VIDEO] Kawasan hutan di puncak Bukit Broga terbakar

KUALA LUMPUR – Sebuah kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih dekat sini dilaporkan terbakar, malam ini.

Difahamkan, laporan kejadian diterima pada pukul 7.39 malam tadi, sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama enam anggota dan satu jentera FRT dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran.

@malaysiatribune

Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih dekat sini dilaporkan terbakar, malam ini. Difahamkan, pasukan bomba menerima laporan pada pukul 7.39 malam tadi, dan operasi pemadaman difahamkan masih sedang dilaksanakan. #bukitbroga #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lokasi kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga.

“Kawasan hutan yang terbakar dianggarkan berkeluasan dua ekor (0.8 hektar) dan kerja memadam kebakaran kini sedang dijalankan.

“Buat masa ini, kita belum dapat memastikan punca kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button